Life Of A Struggler ♥ <data:blog.pageTitle/> | Struggler <data:blog.pageName/> | Secret Diary
Love the life you live. Live the life you love❤
Apa akan terjadi? :O
Friday, December 14, 2012 ? 010 Budak Comel ?

Assalamualaikum ^_^
The first post after berzaman-zaman tak update blog. hee ^.^v
Btw, saje je nak kongsi benda ni :)
I am just a normal human being, macam korang semua and update post ni only and only untuk mendekatkan diri lagi kepada-Nya and also sebagai peringatan untuk korang semua, terutamanya diri saya sendiri :)

Cuba anda renungkan,
Apa akan terjadi pada anda, SEKIRANYA, tibatiba, esok, anda sudah tidak diberi peluang untk meneruskan hidup?
Apa akan terjadi kalau HARI INI adalah HARI TERAKHIR anda bernafas di atas muka bumi ini?
Apa akan terjadi kalau ESOK, anda sudah tidak dapat bangun dari katil anda?
Apa akan terjadi kalau ESOK, mayat anda sudah bersiap sedia untuk dikafankan?
Apa akan terjadi kalau ESOK, kediaman anda bukanlah lagi rumah mewah anda tetapi hanya kubur yang penuh dengan pasir?
Sudah bersiap sediakah anda menghadap-NYA?
Sudah bersiap sediakah anda meninggalkan dunia ni dengan perasaan yang tenang?
Sudah minta maafkah anda daripada sahabat2 anda yang telah anda sakiti hatinya?
Sudah bersihkan kah diri anda daripada sebarang perbuatan yang tercela yang dimurkai-NYA?
Sudah cukupkah amalan anda untuk diterima disyurga-NYA?




Atau anda hanya menunggu tibanya hari yang sesuai untuk berbuat segala persoalan di atas?
Sekiranya begitu, bagaimanakah anda boleh begitu yakin bahawa hari tersebut akan tiba?
Mengapakah kita menangguh-nangguhkan perkara yang baik?
Tidakkah kita risau sekiranya kita tidak diberikan kesempatan untuk menunaikannya?
Mengapakah kita boleh menangguh-nangguhkan ibadah dan taubat kepadanya tetapi tidak boleh sama sekali menangguh untuk menonton perlawanan bola?
Tidak pernah terdetikkah sedikitpun dalam hati anda bahawa anda mungkin mati sewaktu menonton bola itu?
Tidak pernahkah?
Dan tidak takutkah anda sekiranya anda kembali kepada-NYA dalam keadaan yang sememangnya tidak diterima-NYA?
Tidakkah anda mahu mati dalam keadaan yang beriman?
Sedarlah kita wahai manusia bahawa kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segalanya :)

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-NYA"

                                                                                                                         (An Najm, 32)

Dia mengampuni orang yang melakukan dosa, menerima taubat, mengampuni kesalahan, menghapuskan kesalahan kecil, menutupi kesalahan dan memberi taubat kepada orang yang bertaubat :)


Hari kelmarin telah mati, hari ini dalam pengendalian dan hari esok belum lahir ^_^ Apa yang anda ada hanyalah HARI INI. Maka, isilah saat ini dengan ketaatan kepada-NYA, nescaya tidak perlulah anda takut kepada kematian kerana sekiranya anda sudah ikhlas beribadah kepada-NYA, maka bersiap sedialah untuk menghadap-NYA :)

" Fools use tomorrow and wise use TODAY. Which one you want to be? The fool one or the wise one? ^_^ "

Wallahu a'lam :)




Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post