Life Of A Struggler ♥ <data:blog.pageTitle/> | Struggler <data:blog.pageName/> | Secret Diary
Love the life you live. Live the life you love❤
Al-Quran?
Tuesday, February 19, 2013 ? 810 Budak Comel ?
 

Sudahkah anda menyentuh Al-Quran hari ini? ^^
Kalau belum, bila last sekali anda sentuh ye? ^^

Tahukah Anda?
Hanya dengan tengok Al-Quran pun kita dah dapat pahala tau.
At least, kalau tak dapat baca pun, usahakan TENGOK Al-Quran pun dah memadai kan?
Dapatlah jugak pahala daripada takde :)

Tapi, cuba renung balik analogi ni,
Kalau orang bagi pilihan kat kita,
Nak topup RM10 ke RM30?

Of courselah kita pilih RM30 kan?

Samalah dengan Al-Quran.
Antara pahala sikit, dengan banyak, mestilah kita semua nak yang BANYAK kan?

Dah lah dapat pahala, dapat pulak ganjaran lain. MasyaALLAH.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,


Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman.
(Surah Yunus, ayat 57)

ANTARA GANJARAN FREE MEMBACA & MENGHAYATI AL QURAN (!)


1 huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan10

Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi    kedudukannya. 
Ibadat yang paling mulia di antara ibadat. 
Dapat menghidarkan hati menjadi BERKARAT.
Rumahnya dikunjungi MALAIKAT dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut.
Pembaca AL-QURAN disayangi Allah SWT dan Rasul SAW .
Allah SWT memuji pembaca AL-QURAN di hadapan malaikat.
Allah SWT menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan 
Mententeram jiwa yang resah.
AL QURAN menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kasturi.
Rasulullah SWT bersabda: "Dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari AL QURAN, mahupun dari NABI @ MALAIKAT". 
Dapat membina akhlak yang baik 
Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim) 
Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca AL QURAN kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran. 
Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. 
Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan. 
Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. 
Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya. 
Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.



SUBHANALLAH. Pemurahnya Allah! Dengan baca Al Quran pun kita dapat banyak gini fadhilat? Kekal pulak tu!

Topup handphone RM30 pun paling lama valid 3O hari je!

Rugilah kalau kita miss peluang ni >.< Lagipun peluang ni bukan datang selalu. Valid sementara kita masih hidup je.

"Alah, apa nak risau. Hidup kan masih panjanggggg. Relax la. Nanti tua tua kita baca lah banyak-banyak."

Amboi, berlagaknya awak :D Mana awak tahu awak hidup lagi tua nanti? 

You don't even have any guarantee that you still will be alive for the next second! So, please PREPARE FOR YOUR DEATH!

"Ehm, tapi saya tergagap baca Al-Quran. Malu sangat nak baca :("

Hish! Nak malu apanya. Belajarlah kalau tahu diri kita masih lemah. At least kita try baca daripada tinggal terus kan?


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud,


Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala.


Ya ALLAH! Pemurahnya Dia! Untuk yang gagap pun dapat pahala? 

Betapa rugi & malunya kita kalau kita abaikan peluang keemasan ni :( 

As the adages go, strike while the iron is hot, make the hay while the sun shine. & (apa lagi ye? lupa sudah -.-) *duh,teringat kat paper BI SPM* 
Ya ALLAH kurniakanlah wana keputusan straight 9A+ SPM 2012. Aamiin >.<

Eh eh. terpesong pulak kan. Haha >.<

So, anak-anak yang comel sekalian, amatlah rugi kalau kita sia-siakan peluang ni. Kita hidup bukannya lama. Kejap je. Kita pun tak tahu bila Malaikat Izrail datang cabut nyawa kita. Kadang-kadang, bila wana fikir balik, orang yang sakit sebenarnya lebih 'blessed' than orang yang sihat. 

Sebab apa? Sebab deorang tahu hidup deorang tak lama. So, kena prepare cepat-cepat dengan amal ibadah sebelum ajal datang menjemput. Bagus kan?

Kita? Kita yang sihat ni tak sedar-sedar pun! Bukan setakat tak sedar, malah sengaja pulak g cari sakit sebab nak mati cepat. Bekalan tak cukup lagi. Haih pelik betul kan -.-

Okay TU JE. Dah faham ye anak-anak? ^^ Sorry, ilmu kita tak banyak nak share. Setakat ni je kita mampu =)

Last but not least, may all of us be blessed with Him from now on till Jannah. Aamiin :)



Susah nak nampak scene camni kan? Yang banyak nampak kt tangan sorang-sorang skang ialah handphone, handphone & handphone U_U



Teringin sangat nak Al-Quran camni. Comel je >.< Tapi kalau siap ada tafsir lagi memang superb kan :)

Sekian, Wallahu A'lam =)


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post