Life Of A Struggler ♥ <data:blog.pageTitle/> | Struggler <data:blog.pageName/> | Secret Diary
Love the life you live. Live the life you love❤
Susahnya Jadi Perempuan :)
Wednesday, February 13, 2013 ? 010 Budak Comel ?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Nak kena tutup sana, tutup sini.

Cuba tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang x bising. PEREMPUAN? Stoking pon kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari. Konfem tak tahan bertutup semua ^^
Tapi, perempuan cool je ^^ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah. hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang? Tiap2 bulan, mesti ada penyakit nak pergi kelas pun susah =.= Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sbb sakit. SERIUS.




Cuba tengok budak lelaki , selamber je. Kadangkadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiaptiap bulan, SURVIVE je.
Tengahtengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.
Hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul. Cepat je sensitif. Cuba tengok orang putus cinta?
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan. Siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan kan? Lelaki boleh gelakgelak lagi --.
Lembut tak lembut hati perempuan. Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah.
Diorang cakap, Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan.
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang rebel.
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'.
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati.
Kesian kan kat diorang?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang.
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil :(
Persoalannya sekarang,
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami ^^
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.
Tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri. Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki?
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu.
MashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat.
Cuba dengar pula lagulagu yg berkumandang dekat radio.
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,
Sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia. Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya, orang akan cakap 'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'. Kita tak pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?
Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni :/
Perempuan senang nak masuk syurga.

Tengok hadis ni,

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?Oh perempuan, SEDARLAH.
Betapa sayangnya Allah dekat kita.
Betapa cintanya Allah dekat kita.
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita.
Kerana fikiranfikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.
Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan.
Dan seindahindah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan? ^^





 





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post