Life Of A Struggler ♥ <data:blog.pageTitle/> | Struggler <data:blog.pageName/> | Secret Diary
Love the life you live. Live the life you love❤
Think Positive Kawan :)
Friday, February 15, 2013 ? 010 Budak Comel ?
Fikiran kita umpama biji benih.
Kalau kita tanam benih tomato, maka pokok tomatolah jadinya.
Kalau kita tanam benih durian, maka pokok durianlah jadinya.

Orang selalu kata hati adalah raja kepada badan. Ya, benda tu tak salah pun. Memang tak dapat dinafikan.
Tapi, sedar atau tidak, fikiran juga memainkan peranan besar kepada jasad kita ^^
Ehem, mungkin, kalau hati adalah RAJA, maka fikiran adalah PERMAISURI :D

Ya, mana taknya. Okay, as an example ye, kita nampak ular kat depan kita.
Sekiranya kita setkan fikiran kita bahawa tu ular REAL, maka takutlah kita.
Tapi, kalau kita set bahawa tu ular PLASTIK, so dengan tak semena-mena kita jadi berani. Even berani nak angkat ular tu n lempar jauh-jauh. Haha. Kan?





So, memang undoubtedly la bahawa fikiran ni penting kepada diri kita. Kadangkadang fikiran ni mencerminkan diri kita.
So, as a muslim n muslimah, all of us must have FIKIRAN YANG BERSIH
Bersih dari cela, bersih dari perkara keji, bersih dari segala benda kotor, bersih dari maksiat, n yang paling penting sekali : Bersih daripada perkara yang dilarang-NYA ^^

Must admit that, fikiran kita pintu kepada segala-galanya. 
Kalau kita nak berubah ke arah baik, fikiran lah yang memberikan idea. Fikiran jugak yang menentukan sama ada kita mampu or tak nak berubah. Believe it or not, fikiran jugak yang menganggu kita time proses perubahan tu. Tak percaya? Okay, as an instance, kita nak berubah. Berubah ke jalanNYA selepas bertahun-tahun bergelumang dalam maksiat. Kita almost selangkah je lagi ke arah perubahan tu. Tapi tiba-tiba ada fikiran yang menghasut. "Eh, apa kau ingat dengan berubah ni kau dapat tinggal semua benda maksiat tu?" atau "Eh, kau tak takut ke nanti apa orang kata pasal kau?" atau "Eh, bukan senang nak berubah ni. Kau tak mampu.", kata otak kepada empunya jasad.

So, betul kan? Memang tak dapat dinafikan. *bukan nak bajet betul tapi memang hakikat* >.<
So, dalam usaha untuk menepis semua fikiran tu, kita must adopt positive minded. Think positive. Pandang semua perkara dengan bright side one. Jangan pandang dengan sisi negatif saja. THINK POSITIVE IN EVERY SUBJECT. Set dalam minda kita yang KITA BOLEH. 




Ingat,

Kalau orang lain boleh, takkan kita tak boleh? ^^

Satu lagi, Allah tak pernah berlaku zalim kepada hamba-NYA. Dia tak pernah membebani kita. Fikiran kita je yang cakap macam tu. Try gamkan ayat ni kat fikiran kita, In Shaa Allah, semua ujian dalam hidup kita boleh hadapi dengan tenang tau ^^,


Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….  
                                                                                                      (al-Baqarah 286)


Wahai kawan-kawanku, ingatlah bahawa  apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. 

Setlah dalam fikiran kita bahawa, ALLAH AKAN MEMBANTUMU :)


Wallahu A'lam.

 


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post