Life Of A Struggler ♥ <data:blog.pageTitle/> | Struggler <data:blog.pageName/> | Secret Diary
Love the life you live. Live the life you love❤
Betapa kasihnya Ibu & Bapa kita ❤
Sunday, March 3, 2013 ? 210 Budak Comel ?
 

Cuba kita baca cite kat bawah ni ^^

 Story of Mother's Sacrifice during the Japan Earthquake.

After the Earthquake had subsided, when the rescuers reached the ruins of a young woman's house, they saw her dead body through the cracks. But her pose was somehow strange that she knelt on her knees like a person was worshiping; her body was leaning forward, and her two hands were supporting by an object. The collapsed house had crashed her back and her head.

With so many difficulties, the leader of the rescuer team put his hand through a narrow gap on the wall to reach the woman's body. He was hoping that this woman could be still alive. However, the cold and stiff body told him that she had passed away for sure.

He and the rest of the team left this house and were going to search the next collapsed building. For some reasons, the team leader was driven by a compelling force to go back to the ruin house of the dead woman. Again, he knelt down and used his had through the narrow cracks to search the little space under the dead body. Suddenly, he screamed with excitement, "A child! There is a child!"

The whole team worked together; carefully they removed the piles of ruined objects around the dead woman. There was a 3 months old little boy wrapped in a flowery blanket under his mother's dead body. Obviously, the woman had made an ultimate sacrifice for saving her son. When her house was falling, she used her body to make a cover to protect her son. The little boy was still sleeping peacefully when the team leader picked him up.

The medical doctor came quickly to exam the little boy. After he opened the blanket, he saw a cell phone inside the blanket. There was a text message on the screen. It said, "If you can survive, you must remember that I love you." This cell phone was passing around from one hand to another. Every body that read the message wept. "If you can survive, you must remember that I love you." Such is the mother's love for her child!!





Jadikan cerita ni sebagai iktibar kepada kita. Semua ibu kat dunia ni tak sama. Ya, memang tak dapat dinafikan. Tapi, ketebalan kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya semua sama. Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai mahupun dengan emas atau perak.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat. Mungkin ramai antara kita tak tahu and tak sedar, bila tiba saatnya kita lahir ke dunia ni, kitalah SEGALA-GALANYA untuk dia :')




Kadang-kadang, ada jugak ibu yang tak reti nak luahkan kasih sayang dia. Tapi sedarlah wahai sahabat, walaupun dia tak tunjukkan betapa dia sayang padamu, sentiasalah ingat bahawa ibumu menyayangimu lebih dari nyawanya sendiri :)

Bukti? Buktinya dia sanggup bawa kamu kehulu kehilir selama 9 bulan dengan perut besar tu. And, tahu tak, 

Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

Fuyoo. SERENTAK? 20 tulang? Kita satu tulang patah pun nangis macam apa ntah. Ibu kita? Subhanallah. Hebatnya ibu kita kan :)

Eh, tak cukup lagi ke bukti tu?

Kalau tak cukup, cuba tanya diri sendiri balik, 



- Awak hidup sampai sekarang ni sebab siapa?
 
- Selama awak hidup ni siapa yang jaga awak?
- Time awak sakit, siapa yang jaga? siapa yang bagi ubat? Doktor ke ibu awak sebenarnya?
- Time awak sedih or frustrated, siapa dalam ahli keluarga awak yang mulamula perasan & ambil berat?
- Time awak kecik, siapa yang mandikan, siapa yang tolong sapu bedak Carrie Junior, siapa yang tolong pakaikan baju, siapa yang tolong lap hingus, siapa yang tolong pakaikan lampin, siapa yang tolong dodoikan awak, siapa yang jaga awak sampai terlelap, siapa yang tidur kat tepi awak sebab nak halau nyamuk, siapa yang sanggup bangun tengah malam bila awaknangis, siapa yang menjadi penyebab awak hidup senang-lenang sampai sekarang?

- SIAPA? Siapa yang jaga awak sampai besar tapi tak mintak walau sesen pun dari awak melainkan hanya mintak awak hormat dia & sayang dia seperti dia 
            menyayangimu. SIAPA?


Itulah AMMI, IBU, MAMA, MAMI, MAK, MA, MI, awak. Dan di samping IBU, ada AYAHMU :) Walaupun kadang-kadang ayah tegas & garang, tapi sedarlah wahai sahabat, deorang garang sebab mereka sayang. Marah tandanya sayang. Deorang nak bentuk diri awak jadi sorang manusia yang baik & boleh berbakti. Bukannnya saje-saje nak marah. Kalau deorang tak marah, itu bermaksud deorang tak amik kisah pun pasal anak dia. Kan?

Bersyukurlah sekiranya ibu-bapa kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, mungkin pada ketika ini ibu-bapa kita berada jauh di kampung sana, di rumah yang usang, ketika hujan mereka kebasahan, ketika kemarau mereka kekeringan, kadang-kala ibu-bapa kita berada dalam kelaparan dan keperitan akibat kesempitan hidup, sedangkan kita sebagai anak-anaknya yang berada di kota ini dalam kemewahan dan tidak merasa itu semua. Kasih sayang kepada anak-anak sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang-malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Segala kesusahan dan penderitaan tidak pernah dikongsi bersama dengan anak-anak. Hebatkan mereka? :')

Bersyukurlah selagi anda masih mempunyai ibu & bapa. Ramai antara kita yang ketika ni ibu bapa mereka dah pergi buat selama-lamanya. Cuba kita ambil tempat deorang, & rasa apa yang deorang rasa. Mesti sedih kan? Oleh itu, hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa :)

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:


Maksudnya:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”


Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :


Maksudnya:

“Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.” (Riwayat al- Bukhari)

Ada ke Nabi sebutkan boyfriendmu, takpun girlfriendmu? Takde kan? So, kenapa kita nak mulia-muliakan deorang lebih daripada ibu bapa kita sendiri? 

Deorang boleh datang & pergi macam tu je. 
Deorang sanggup tinggalkan kita macam tu je. 
Tapi ibu bapa kita? Ada ke camtu? Takde kan? ^^
 
Memberi kasih sayang kepada ibu bapa bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada mereka. 
Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka. 
Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. 


Perlu kita insaf bahawa ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT  
Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. 

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:


Maksudnya: 

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)



Btw, kat bawah ni wana ada selitkan beberapa gambar comel on --> WAYS TO TREAT YOUR PARENTS. Semoga sama-sama kita amalkan ye ^^ In shaa Allah, diredhaiNya :)





Pictures source : http://www.owhsomuslim.com

Sekian, Wallahu A'lam :)



P/S : I love you so much Ammi & Abah. You both are the best gifts from Allah that I ever had. Thanks for everything & sorry if sometimes I might do something or say something that hurts you both. Believe me, I have no intention to do that and I am really sorry :)


 


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post